Assalamualaika Ya Rasulullah..
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Bonda Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah….
Assalamualaika Ya Rasulullah..
airmata tiada akan tertahan apabila ingat pada dirimu
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Bonda Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah….
Assalamualaika Ya Rasulullah..
airmata tiada akan tertahan apabila ingat pada dirimu
Indah
wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah
tubuhmu Sang Awan mengikutnya
Indah
akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah
langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu
memancar sinar Cinta
Berseri
mulutmu dengan kalimah Tuhan
Gagah
tanganmu menyantun seiap insan
Kuat kakimu
menghayun langkah menyelamat insan…
Assalamualaika
Ya Rasulullah..
Mengalir
airmata jernih tanpa tertahan
Lantaran
cinta dan rindu tiada terperi
Merobek
seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika
kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan
syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu
tiada ku pandang…
Assalamualaika
Ya Rasulullah..
Apakah makna
keindahan dan kemewahan
dunia yang
ku miliku
jika kau
tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna
kenikmatan syurga
jika engkau
tiada dapat dipandang
Apakah makna
setiap nafasku
jika engkau
memalingkan wajahmu…
Ya Allah…
Hidupkan
Cinta dalam jiwa ini
pada
Rasulullah Rahmatulilalamin
semoga
dengan Cinta nan suci ini
membawa ku
terbang ke Jannatul Firdausi
penuh
kebahgiaan menatap wajahnya
mendengar
kalimahnya “…engkaulah umat ku..”
biarpun sedetik seuah memadai
biarpun sedetik seuah memadai
namun
selamanya adalah yang ku impikan
Assalamualaika
Ya Rasulullah....
Assalamualaika
Ya Habiballah...
0 comments:
Catat Ulasan