skip to main | skip to sidebar

# syabab muhammadi #

( Hidup & Mati ku adalah Utk mu Ya Allah )

Pages

  • “Menukil Kata Seorang Pemuda”

Ahad, 3 Mac 2013

Mawar Buat Mu Rasulullah


Assalamualaika Ya Rasulullah..
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Bonda Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah….


Assalamualaika Ya Rasulullah..
airmata tiada akan tertahan apabila ingat pada dirimu
Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
Indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
Indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
Indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
Indah rambutmu hitam ikal yang rapi
Indah matamu memancar sinar Cinta
Berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
Gagah tanganmu menyantun seiap insan
Kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan…


Assalamualaika Ya Rasulullah..
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan
Lantaran cinta dan rindu tiada terperi
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
Jika kerinduan tiada kau tawarkan
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tiada ku pandang…


Assalamualaika Ya Rasulullah..
Apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliku
jika kau tiada tersenyum melihatnya
Apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang
Apakah makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu…


Ya Allah…
Hidupkan Cinta dalam jiwa ini
pada Rasulullah Rahmatulilalamin
semoga dengan Cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahgiaan menatap wajahnya
mendengar kalimahnya “…engkaulah umat ku..”
biarpun sedetik seuah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan


Assalamualaika Ya Rasulullah....
Assalamualaika Ya Habiballah...


Posted by Unknown at 6:56 PTG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Followers

DATE


TIME


MUSIC




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ►  2017 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2013 (1)
    • ▼  Mac (1)
      • Mawar Buat Mu Rasulullah
  • ►  2012 (4)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Disember (3)
Dikuasakan oleh Blogger.

JOIN WITH ME

Senarai Blog Saya

  • Laksamana Bukit Bintang
    Testing
    8 tahun yang lalu
  • live life to the fullest
    Tugasan Individu
    10 tahun yang lalu
  • ...
    Salam Aidilfitri 2013
    11 tahun yang lalu
  • Pucuk Dicita Ulam Mendatang
    ::Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::
    12 tahun yang lalu
  • SUARAFATA
    To Let, And To Forgive
    12 tahun yang lalu
  • Perjalanan Hati Menuju Kasih Ilahi
    Duhai Sahabat
    12 tahun yang lalu
  • TINTA SEORANG HAMBA
  • ..si pEngEmiS ciNtA iLLaHi..
  • Keringat Shabab




 
Copyright (c) 2010 # syabab muhammadi #. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes