skip to main | skip to sidebar

# syabab muhammadi #

( Hidup & Mati ku adalah Utk mu Ya Allah )

Pages

  • “Menukil Kata Seorang Pemuda”

Jumaat, 21 Disember 2012

Kamu Cantik Sekali

Salam, alhamdulillah. Syukur kepada mu ya allah diatas limpah kurnian Mu.

Kamu cantik sekali,
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Kamu cantik sekali,

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Kamu cantik sekali,

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Kamu cantik sekali,

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Kamu cantik sekali,

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Kamu cantik sekali,

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.


^_^ ..muhasabah itu dapat membaiki diri kita..^_^
Posted by syabab muhammadi at 3:48 PTG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 3 Ogos 2012

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN



1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran 

Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk 

Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah

Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah. 

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. 

7. Perang Ain Jalut

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib

Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Perkongsian dari Pelajar Perubatan Mansurah.
Posted by syabab muhammadi at 1:21 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 16 Mac 2012

Agama Itu Nasihat

Salam…alhamdulillah  syukur setinggi nYa kehadrat ilahi atas kurnian nikmatnya sehingga kini, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan tidak para suhada yang mengalirkan darah demi islam yang tercinta.

Emmmmm…sudah lama tidak menulis blog ini, terketar-ketar rasa tangan ini. Saya rasa mesti para pembaca marah jika melihat blog ini… “asyik-asyik post sama”.…hehehe…maaf ribuan daripada saya..

AGAMA ITU NASIHAT

Kalau difikirkan , kadang-kadang kalau kita mengikuti keseronakan dunia sehingga kita lalai denga tujuan asal kita dibumi milik allah ini….apa tidak nya dengan dugaan syaitan yang merasuk jiwa kita keaarah kemaksiatan.

 Tapi sebenarnya kita mempunyai pelbagai cara untuk melawan godaan tersebut, antara nya dengan didikan agama . seperti hadis nabi  mafhumnya:  “agama itu nasihat”…ini terbukti yang agama islam telah banyak mengajar kite mengenai hal-hal kehidupan seperti muamalat dengan orang ,dalam sedut masalah, dan banyak lagi..

Kalau kita lihat dalam dunia masa sekarang, kebanyakan golongan umut islam mahupom yang memainkan agama islam itu sendiri ..teringkat kate ustaz azhar idrus ketika ceramahnya : “ kalau kamu nak jadi mat rempit ke ,pemain bola sepak, mat muto kow,mat keto kow,sep punk ,skin head kow….buleh Cuma yang agama ajar kepada kite jangan sesekali dipermainkan..”

Ini terbukti ,walaupun kite memegang jawatan besar sekalipom, rujukan agama itu sangat penting kepada kita ,hatta perdana menteri mentadbir Negara ia juga memelukan nasihat dan nasihat yang terbaik ialah melalui rujakan kepada agama islam itu sendiri.
                
                   “Islam tidak memerlukan kite, tapi kite memerlukan islam , tapi kena ingat tanpa islam siapalah kite”

Kesimpulan nya , kalau kite mempunyai sebarang masalah segera merujuk al-quran dan hadis kerana itu adalah kunci kepada agama islam….

Sekian,
Syabab Muhammadi
“Menukil kata seorang pemuda”


Posted by syabab muhammadi at 3:01 PG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Sabtu, 21 Januari 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...

Posted by syabab muhammadi at 11:29 PTG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Khamis, 29 September 2011

Kita Adalah Golongan Pemuda-Pemudi Islam

Assalamualaikum w.b.t....

Terdetik diri ini untuk menulis dalam blog ini....alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi diatas nikmat kurnian yang memberikan nikmat kepada diri  ini setingginYa dan selamanya....seterusnya selawat  dan salam keatas jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga  diatas perjuangan  yang menegakkan agama yang mulia ini(teringat akan video yang pernah ku lihat yang mencerita seorang pelajar UIA berjumpa dengan rasulallah dalam mimpi nya kerana kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian allah taala) ya allah..ya allah ..alangkah indahnya jika ak dapat melihat wajah mu ya rasulallah..engkau telah menyebarkan islam, kalau bukan kerana mu ya rasulallah, siapalah ak....teringat kata dalam sebuah buku novel :

       
                                   “ Islam Tidak Memerlukan Kita, Tapi Kita Memerlukan Islam, 
                                                        Tapi Tanpa Islam Siapalah Kita”

Jadi ,cuba kita renungkan ...dengan nikmat allah ta’la beri kepada kita..”.allah beri kita nikmat masa,banyak manakah masa kita korbankan untuk islam..allah beri kita kesihatan,banyak manakah kita korbankan tenaga kita untuk islam..allah beri kesenangan,banyak manakah kita guna wang kita untuk islam”,....masyallah ..!!!  (dimanakah status diri ku sekarang ini...)

AKHLAK VS AKADEMIK

                Ouuuuuhhhhhh..berdebar rasa hati..spm tinggal 45 hari lagi..ak lihat kawan2 bersungguh-sungguh dengan stdy nya...bagi ak  setiap detik sangat bermakna....akademik....akademik...o00..akademik...pertama sekali kepada pembaca...saya memegang perinsip ini “ akademik no1 tp dakwah bukan no2” ...saya ubah sikit “ akhlak n01 tapi akademik bukan no 2” ..jd saya ingin memberi pendapat saya..nabi muhammad S.A.W diutuskan oleh allah untuk menyempurnakan akhlak. Justeru itu,kita lihat betapa penting nya keperibadian akhlak orang tersebut. ..kebanyakan sekolah banyak menggunakan dasar-dasar ke arah akademik semata-mata.kita kena ingat ,kalau kita nk melahirkan pelajar yang cemerlang ..sangat-sangat buleh....fokus dalam kelas ,stdy,dll....memang buleh sangat..ini adalah kata pelajar cemerlang  (perkataan yang dihitamkan). tapi akhlak mereka macam mana..

Saya  ingin berkongsi satu cerita.....terdetik rasa hati pada suatu hari untuk diri ini pergi ke pusat bandar Kota Bharu pada hari sabtu minggu yang lepas..PENUH!!! pusat tusyen di KB dengan golongan hawa dan adam pada peringkat  umur 15-17 iaitu pada umur pertengahan tahun....sekitar tepat jam 12 tgh hari...waktu rehat  golongan tusyen yang rehat selama beberapa jam ..ada yang telah habis ,ada yang tunggu untuk kelas seterusnya. Masyaallah,ini kan pelajar ....inikan golongan pemuda-pemuda islam....terkejut ak lihat ada yang berpegangan tangan , ada yang makan bersama ,dating dan banyak lagi. Masyallah!!! Sedih diri ini melihat akhlak pemuda-pemudi islam yang telah hilang....akibat terlampau menumpukan akademik semata-mata ,akhlak sudah ditinggalkan ...islam sudah ditepikan..masyallah....

pemuda-pemudi Mesir di Dataran Tahril
                Apa yang terjadi dengan pemuda-pemudi sekarang...!!! bukankan golongan kita yang akan memimpin negara pada masa akan datang ...x kan kita mhu lihat negara kita dipenuhi degan maksiat dan kemurkaan allah taala.  Di negara timur tengah ,pemuda – pemudi islam sudah meningkat naik ...ak teringat kata seorang pemudi mesir..”walaupun golongan pemuda tidak hadir untuk berhimpun di dataran tahril, ak tetap tidak akan kemana-mana”...kata fatyat islam di mesir ketika menjatuhkan kerajaan mesir...sekarang  di EROPAH golongan yang ingin bertanding untuk pilihanraya eropoh adalah...golongan pemuda islam...dalam jangkaan seorang ulamak islam...mej0riti pemimpin eropah adalah golongan pemuda-pemudi islam....tapi itu di eropah..kita di Malaysia masih lagi terpaut kepada fb , couple, handfhone.....ayuh bangkit lah wahai pemuda-pemudi islam.......akhlak kita sangat penting untuk mendidik diri kita kearah yang diredhai oleh allah......insyaallah...

“Siapakah yang ingin menggantikan sultan muhammad al-fateh”
“Siapakah yang ingin menggantikan sallahuddin al-ayubi”
“Siapakah yang ingin menggantikan thoriq bin ziad”

KITALAH WAHAI PEMUDA-PEMUDI ISLAM!!
Posted by syabab muhammadi at 8:54 PTG 2 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 3 Jun 2011

Mari Hayati lagu ini....


Semarak Perjuangan

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com



Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar


Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran


Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema?rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama


Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur


Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..


Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang


Lirik : Abd Halim Abd Rahman
Lagu : Abd Halim Abd Rahman
Solo: Abd Alim Bin Zakaria
Posted by syabab muhammadi at 3:22 PG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 31 Disember 2010

Habib Munzir at Malaysia

Posted by syabab muhammadi at 3:36 PG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Sabtu, 11 Disember 2010

bangkitlah islam....!!! di bumi maahad

Saya bersyukur kerana mendewasa di Maahad Muhammadi Lelaki. Tak terkira, pengalaman dan pelajaran yang diperoleh sepanjang 4 tahun bertumas di bumi bertuah ini.
Daripada pelajarannya, guru-gurunya, ko-kurikulumnya, bi’ahnya, warganya dan paling penting Tarbiyyahnya.. saya peroleh begitu banyak pedoman untuk dibuat bekal dalam perjalanan panjang ini, ke peringkat yang lebih tinggi.. InsyaAllah. Justeru, saya sentiasa memberi pandangan untuk adik-adik yang baru usai mendapat keputusan UPSR, “Jemputlah ke Maahad.. tempat terbaik untuk mengembara dan menimba pengalaman..”
Saya begitu berbangga, menjadi sebahagian kecil daripada diri Maahad.
Saya tak mahu menyentuh mengenai perkara yang sudah ada di tempat lain. Kami di Maahad Muhammadi mempunyai badan-badan yang dikendalikan hampir sepenuhnya oleh pelajar. Program-program daripada Minggu Orientasi (Minggu Taaruf & Thaqafah Islamiyyah/MIFTAH) hingga ke sambutan Hari Guru, semuanya kami, pelajar yang melaksanakan. Termasuk juga pembinaan sahsiah dan akhlak, Tarbiyyah, tidak sedikit peranan yang kami mainkan. Padanlah, kalau ‘abang-abang’ kami sedang memimpin di peringkat negara ketika ini. Mereka sudah dilatih sedemikian rupa sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Kelab-kelab, persatuan, Kor Kadet, semuanya kami juga yang gerakkan. Kami yang mengaturkan latihan, menyertai pertandingan.. itulah sebabnya kami bermati-matian untuk kejuaraan, kerana bukan sedikit usaha yang telah kami jalankan.
Badan Latihan & Kepemimpinan Islam (BALKIS) dan pimpinannya, dikenali oleh sahabat-sahabat hampir segenap negeri Kelantan. Lebih-lebih lagi, Pengerusi BALKIS 2010, Izat Irfan Bin Izani, sedang mengetuai jawantankuasa penaja Gabungan Kepimpinan Pelajar Seluruh Negeri Kelantan. InsyaAllah, andai terlaksananya usaha kami yang ini, maka kita akan sama-sama melihat, pelajar-pelajar menengah agama bersatu demi kejayaan Islam!
Tambah membanggakan saya, kesemua organisasi pelajar di Maahad, bernaung di bawah Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis yang kebiasaannya hanya wujud di peringkat institusi pengajian tinggi. Meskipun kami belum sampai ke tahap mengadakan pilihanraya untuk memilih ahli MPP, namun sedikit sebanyak kami berlatih dan belajar mengenai fungsi MPP. AlhamduliLlah, banyak sekali pengalaman dan pengajaran yang diperolehi melaluinya, sejak ia ditubuhkan dahulu.
Namun, akhir-akhir ini saya dan rakan-rakan teramat kecewa. Badai dan taufan globalisasi, senjata tajaan musuh-musuh Islam, yang telah meruntuhkan dinding dunia, hingga turut meruntuhkan peradaban agama dan akhlak manusia. Badai dan taufan yang mematikan iman dan akhlak remaja Islam, kini turut MELANGGAR MAAHAD!
Akhlak dan sahsiah yang kian terpokah daripada peribadi remaja Islam seluruh dunia, kini turut memberi tempias kepada Maahad. Kami terpaksa mencari jalan baru, untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar masa kini, yang begitu up-to-date sekali pemikiran mereka, terutama dalam bab hiburan, permainan dan keseronokan (gejala biasa remaja hari ini). Kendatipun, setingginya syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, Maahad masih kekal bertahan..
“Virus suntikan musuh-musuh Islam ini, mestilah dihadapi oleh pimpinan pelajar di Maahad dengan saksama, dengan perkasa!”
Saya melihat, yang MPP Maahad sepatutnya boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menggembeleng tenaga, pimpinan-pimpinan pelajar. Kita mesti sama-sama mempertahankan akhlak dan nilai-nilai agama yang asli dalam kalangan sahabat kita.
Sedihnya, untuk 2 ke 3 tahun kebelakangan, MPP sungguh lesu. Kelihatan benar tidak bermaya, hinggakan tidak ‘terasa’ dan hampir tidak ternampak kesan-kesan keberadaan mereka. MPP hanya tinggal menjadi jawatankuasa penganjur Sambutan Hari Guru, hanya menjadi kumpulan pelajar berbaju biru dan berkot, yang menjadi Pengacara Majlis setiap kali perhimpunan.
Sedangkan, BUKAN itu tujuan MPP ditubuhkan!
Ia ditubuhkan, 6 tahun lalu, dengan cita-cita yang besar! Bukankah misinya “beriltizam untuk menjadi model sebuah organisasi terulung yang menggerakkan seluruh potensi pelajar bagi melahirkan generasi Rabbani melalui latihan kepimpinan berteraskan Islam dan ilmu pengetahuan”?
MPP sepatutnya berperanan, menyelaras dan memastikan aktiviti-aktiviti organisasi pelajar supaya ia tersusun dan terarah (objektif MPP/2).
Ke arah mana?
Islam tentunya!
Lalu, apakah ‘penyelarasan’ yang dilakukan MPP? Apakah usaha yang dilakukan ke arah merealisasikan harapan dan cita-cita besar ini? Saya berkata begini, bukan sekadar mengkritik, apatah lagi menuduh sembarangan.
Kita semua mengetahui, bahawa peranan yang sepatutnya dimainkan MPP dalam memelihara bi’ah solehah di Maahad, lebih luas dan besar. Tidak bermaksud, saya mendesak MPP untuk turut menganjur program-program seperti BALKIS, ataupun turun berkawal di pagar setiap pagi seperti DHOBIT.
Saya cuma mengajak, untuk kita meneliti kembali, cita-cita penubuhan MPP. Telitilah sendiri perlembagaan MPP. Saya ulang kembali, bukankah termaktub kemas di dalamnya, peranan menyelaras perjalanan dan gerak kerja setiap organisasi pelajar di Maahad? Justeru, sepatutnya, itulah tugas-tugas MPP. Kita melihat, yang MPP kian hilang wibawanya. Mengapa? Kerana MPP hanya tinggal bilik dan beberapa orang pelajar yang memakai kot. Tidak lagi sebagai sistem yang mengawal-atur perjalanan organisasi di Maahad.
Sistem hanya tinggal terlakar di atas kertas. Tidak terlaksana. Perjalanan organisasi pelajar tidak terurus dan teratur. Ikut suka masing-masing. Ini adalah satu kerugian yang nyata! Kita sama-sama mahukan suatu kesatuan daripada segi matlamat dan cita-cita. Biarkan Pengakap dengan caranya, Polis dengan caranya, BALKIS, DHOBIT, Kaunseling dengan cara mereka. Tetapi, satukanlah mereka di atas satu cita-cita. Gembelengkan tenaga mereka, ke arah melahirkan kader-kader Islam. Kerana ia bukan hanya tugas BALKIS atau DHOBIT semata. Kaunseling (misalnya) sepatutnya turut sama berperanan melahirkan pelapis-pelapis perjuangan Islam kelak. Malangnya, setiap organisasi dengan haluan masing-masing. Mujurlah ada juga yang terus istiqamah di atas jalan Da’wah dan Tarbiyyah.
Saya boleh membayangkan, bagaimana hebatnya, kiranya kita semua (organisasi-organisasi di Maahad) bersatu atas cita-cita ini. Setiap kita berusaha melahirkan pendokong Islam melalui wadah masing-masing yang tersendiri. SubhanaLlah, pasti hebat jadinya. Sekiranya bersatu batu kerana simen.. maka hendaklah MPP menjadi seperti ‘simen’ yang mengukuh dan menyatupadukan usaha pelajar-pelajar Maahad. Agar setiap persatuan pelajar di Maahad ini menjadi ‘bata-bata’ yang terikat untuk menyokong binaan Islam.
Jangan dibazirkan kebolehan sahabat-sahabat kita. Kita semua, remaja Islam, umpama permata yang tersembunyi di celahan lumpur, tunggu masa sahaja untuk ia digilap dan menyinar terang dengan indahnya.
InsyaAllah, sahabat-sahabat MPP, bangkitlah dari lena. Renungilah tujuan asal kalian ditubuhkan. Impian dan cita-cita asal, sehingga kalian sanggup menyarung pakaian biru tersebut, yang bukan hanya uniform, tetapi amanah yang berganda-ganda beratnya.
Kita sama-sama berusaha, InsyaAllah, kalian sebutlah, kerjasama bagaimana kalian perlukan, kami akan bersedia!

by: muhammad muizzudin bin zaini
Posted by syabab muhammadi at 7:13 PTG 1 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

pemimpim

Menyiapkan kerja menjadikan kita BERJAYA, menyiapkan kerja melalui orang lain menjadikan kita PEMIMPIN, tetapimengembangkan orang lainsementara membntu mereka menyiapkan kerja dengan sempurna menjadikan kita PEMIMPIN YG HEBAt
Posted by syabab muhammadi at 6:50 PTG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Catatan Terbaru Laman utama

Followers

DATE


TIME


MUSIC




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ▼  2017 (1)
    • ▼  Januari (1)
      • SELAMAT TAHUN BARU
  • ►  2013 (1)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Disember (3)
Dikuasakan oleh Blogger.

JOIN WITH ME

Senarai Blog Saya

  • Laksamana Bukit Bintang
    Nukilan Ayah: Anak Yang Menangis Dalam Senyap
    11 bulan yang lalu
  • live life to the fullest
    Tugasan Individu
    11 tahun yang lalu
  • ...
    Salam Aidilfitri 2013
    13 tahun yang lalu
  • Pucuk Dicita Ulam Mendatang
    ::Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::
    13 tahun yang lalu
  • SUARAFATA
    To Let, And To Forgive
    13 tahun yang lalu
  • Perjalanan Hati Menuju Kasih Ilahi
    Duhai Sahabat
    14 tahun yang lalu
  • TINTA SEORANG HAMBA
  • ..si pEngEmiS ciNtA iLLaHi..
  • Keringat Shabab




 
Copyright (c) 2010 # syabab muhammadi #. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes