skip to main | skip to sidebar

# syabab muhammadi #

( Hidup & Mati ku adalah Utk mu Ya Allah )

Pages

  • “Menukil Kata Seorang Pemuda”

Jumaat, 21 Disember 2012

Kamu Cantik Sekali

Salam, alhamdulillah. Syukur kepada mu ya allah diatas limpah kurnian Mu.

Kamu cantik sekali,
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Kamu cantik sekali,

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Kamu cantik sekali,

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Kamu cantik sekali,

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Kamu cantik sekali,

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Kamu cantik sekali,

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.


^_^ ..muhasabah itu dapat membaiki diri kita..^_^
Posted by syabab muhammadi at 3:48 PTG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 3 Ogos 2012

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN



1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran 

Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk 

Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah

Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah. 

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. 

7. Perang Ain Jalut

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib

Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Perkongsian dari Pelajar Perubatan Mansurah.
Posted by syabab muhammadi at 1:21 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 16 Mac 2012

Agama Itu Nasihat

Salam…alhamdulillah  syukur setinggi nYa kehadrat ilahi atas kurnian nikmatnya sehingga kini, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan tidak para suhada yang mengalirkan darah demi islam yang tercinta.

Emmmmm…sudah lama tidak menulis blog ini, terketar-ketar rasa tangan ini. Saya rasa mesti para pembaca marah jika melihat blog ini… “asyik-asyik post sama”.…hehehe…maaf ribuan daripada saya..

AGAMA ITU NASIHAT

Kalau difikirkan , kadang-kadang kalau kita mengikuti keseronakan dunia sehingga kita lalai denga tujuan asal kita dibumi milik allah ini….apa tidak nya dengan dugaan syaitan yang merasuk jiwa kita keaarah kemaksiatan.

 Tapi sebenarnya kita mempunyai pelbagai cara untuk melawan godaan tersebut, antara nya dengan didikan agama . seperti hadis nabi  mafhumnya:  “agama itu nasihat”…ini terbukti yang agama islam telah banyak mengajar kite mengenai hal-hal kehidupan seperti muamalat dengan orang ,dalam sedut masalah, dan banyak lagi..

Kalau kita lihat dalam dunia masa sekarang, kebanyakan golongan umut islam mahupom yang memainkan agama islam itu sendiri ..teringkat kate ustaz azhar idrus ketika ceramahnya : “ kalau kamu nak jadi mat rempit ke ,pemain bola sepak, mat muto kow,mat keto kow,sep punk ,skin head kow….buleh Cuma yang agama ajar kepada kite jangan sesekali dipermainkan..”

Ini terbukti ,walaupun kite memegang jawatan besar sekalipom, rujukan agama itu sangat penting kepada kita ,hatta perdana menteri mentadbir Negara ia juga memelukan nasihat dan nasihat yang terbaik ialah melalui rujakan kepada agama islam itu sendiri.
                
                   “Islam tidak memerlukan kite, tapi kite memerlukan islam , tapi kena ingat tanpa islam siapalah kite”

Kesimpulan nya , kalau kite mempunyai sebarang masalah segera merujuk al-quran dan hadis kerana itu adalah kunci kepada agama islam….

Sekian,
Syabab Muhammadi
“Menukil kata seorang pemuda”


Posted by syabab muhammadi at 3:01 PG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Sabtu, 21 Januari 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...

Posted by syabab muhammadi at 11:29 PTG 0 comments E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Followers

DATE


TIME


MUSIC




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ►  2017 (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  Mac (1)
  • ▼  2012 (4)
    • ▼  Disember (1)
      • Kamu Cantik Sekali
    • ►  Ogos (1)
      • PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN
    • ►  Mac (1)
      • Agama Itu Nasihat
    • ►  Januari (1)
      • AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Do...
  • ►  2011 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Disember (3)
Dikuasakan oleh Blogger.

JOIN WITH ME

Senarai Blog Saya

  • Laksamana Bukit Bintang
    Testing
    8 tahun yang lalu
  • live life to the fullest
    Tugasan Individu
    10 tahun yang lalu
  • ...
    Salam Aidilfitri 2013
    11 tahun yang lalu
  • Pucuk Dicita Ulam Mendatang
    ::Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::
    12 tahun yang lalu
  • SUARAFATA
    To Let, And To Forgive
    12 tahun yang lalu
  • Perjalanan Hati Menuju Kasih Ilahi
    Duhai Sahabat
    12 tahun yang lalu
  • TINTA SEORANG HAMBA
  • ..si pEngEmiS ciNtA iLLaHi..
  • Keringat Shabab




 
Copyright (c) 2010 # syabab muhammadi #. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes